Analisis GOLD – Cubaan Kenaikan Gagal, Harga Emas Jatuh Bawah Zon $1,830 Semula

654

Kebimbangan terhadap risiko kemelesetan ekonomi telah kembali menyokong semula pengukuhan US dolar dalam pasaran sebagai mata wang safe-haven di penghujung minggu setelah pelabur meneliti terbitan data sektor ekonomi penting pada Khamis semalam.

Selain memberi tekanan terhadap dagangan mata wang utama yang lain, komoditi emas juga terkesan apabila kembali papar penyusutan nilai setelah US dolar mengukuh di sesi New York semalam.

Bacaan data telah menunjukkan sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk Eropah dan Amerika Syarikat (AS) menguncup dengan angka yang merosot bagi bulan Jun.

Dengan kebimbangan terhadap kemelestan ekonomi yang semakin meningkat ini telah membuatkan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell sekali lagi berkata untuk menurunkan inflasi dengan menaikkan kadar faedah yang berterusan, dalam ucapannya kepada panel Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Fed turut memberitahu tentang cabaran untuk mendapatkan peralihan yang selamat dalam ekonomi AS susulan langkah yang agresifnya juga boleh menjurus ke arah kemelesetan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, menyaksikan lonjakan emas di sesi Eropah selepas menyusut mencecah sekitar 1824.00 pada mulanya di dagangan sesi Asia.

Namun, setelah lonjakan harga mencapai ketinggian sekitar 1845.00, harga emas mula menyusut semula di sesi New York mencecah paras sekitar 1823.00 sehingga ke dagangan penghujung sesi.

Bersambung pada dagangan Jumaat, harga yang mendatar sepanjang sesi Asia mula meningkat di awal sesi Eropah ke paras 1830.00 dan turut menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, namun masih memberi petunjuk untuk pergerakan bearish sekiranya harga gagal melepasi halangan tersebut.

Sekiranya harga kembali meneruskan penurunan semula, zon sekitar 1810.00 dilihat akan kembali menjadi tumpuan sebelum penyusutan lebih rendah harga bakal mencecah ke zon support utama pada 1800.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Sebaliknya jika emas berjaya membuat kenaikan melepasi 1830.00 dan halangan MA50, isyarat awal untuk pergerakan bullish harga akan mendorong kenaikan menuju zon rintangan pada 1850.00.

Kenaikan lanjut harga yang berjaya diteruskan seterusnya dijangka bakal menuju pula ke paras sasaran sekitar 1870.00, iaitu zon rintangan penting yang masih gagal untuk ditembusi setelah diuji pada dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat