Analisis GOLD – Cubaan Mendaki Gagal, Emas Tersangkut Di Paras $1,930

442

Harga emas pada dagangan Selasa semalam seperti ingin meneruskan pendakian lebih tinggi, namun terhalang di paras $1,930.

Mata wang US dolar yang mempengaruhi pergerakan emas didagangkan suram semalam susulan pasaran Amerika Syarikat (AS) juga ditutup.

Penganalisis menjangkakan situasi tenang dari awal minggu akan berubah coraknya menuju penghujung minggu dengan data-data berimpak tinggi yang akan diterbitkan antaranya laporan minit FOMC dan pekerjaan NFP AS.

Memerhati pada carta harga XAU/USD, harga yang melonjak melepasi paras 1920.00 di awal minggu mencapai paras 1930.00.

Pada Selasa semalam, harga masih tidak berjaya melepasi paras 1930.00 tersebut yang menjadi rintangan semasa buat harga.

Namun, harga dilihat masih beredar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut yang memberi petunjuk pergerakan harga masih bullish.

Pergerakan harga hari ini (Rabu) hingga setakat sesi Eropah dilihat sedikit susut ke paras 1920.00 namun melantun semula.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi rintangan 1930.00, harga akan cuba untuk melepasi pula paras 1940.00 sebelum menuju zon tumpuan sebelum ini yang berada pada 1950.00.

Namun jika harga menjunam di bawah paras 1920.00, akan menjadi isyarat awal untuk harga melanjutkan penurunan ke zon support 1900.00 yang dicecah minggu lalu.

Penurunan lebih rendah selepas petunjuk bearish yang jelas boleh mendorong harga cecah sehingga ke sekitar 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat