Analisis GOLD – Dah Cecah Paras Terendah 13 Minggu, Harga Emas Mencanak Naik Semula!

854

Emas terselamat dari jangkaan untuk alami kemerosotan apabila harga komoditi itu berjaya melonjak naik semula di sesi New York semalam.

Ini menyusuli situasi penyusutan yang berlaku ke atas US dolar selepas Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat FOMC yang terbaru minggu ini.

Namun, penganalisis menjangkakan untuk tempoh ke depan, mata wang US dolar bakal kembali didagangkan kukuh berikutan isyarat untuk meneruskan lagi kenaikan kadar faedah oleh bank pusat itu.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah susut dahulu mencecah paras terendah terbaru 13 minggu sebelum berlaku lonjakan ketara di awal sesi New York.

Harga telah jatuh mencecah 1925.00 sebelum melonjak melepasi paras 1950.00 dan mencapai 1960.00 ketika menghampiri penghujung sesi.

Menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat), corak kenaikan diteruskan lagi di sesi Eropah namun pada tempo yang perlahan.

Situasi mungkin akan lebih menarik pada sesi New York sebentar lagi untuk mengakhiri dagangan bagi minggu ini.

Sekiranya kenaikan lebih tinggi diteruskan, paras 1970.00 mampu dicapai dan harga akan menguji paras itu yang menjadi rintangan minggu ini.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong kenaikan diteruskan menuju 1980.00 pula sebelum sasaran seterusnya buat emas beralih kepada paras 2000.00.

Namun jika harga emas menjunam semula di bawah paras 1950.00, bersedia untuk kejatuhan lebih rendah yang akan menyambung terjunan sebelum ini.

Penurunan yang berjaya mengatasi paras terendah dicecah harga semalam akan mensasarkan pula ke paras tumpuan yang berada pada 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat