Analisis GOLD – Emas Abaikan Data NFP Positif, Catat Lonjakan Garang

1,805

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dilihat terus menampilkan lonjakan garang ke paras tertinggi 2 bulan sekitar 1821.00 melepasi rintangan sebelum ini pada 1813.00.

Nampaknya zon sokongan 1760.00 sekali lagi berjaya menolak harga untuk kembali mendaki seperti pada pertengahan dagangan Oktober sehingga mempersembahkan kenaikan lebih 600 pips.

Dagangan emas dilihat tidak ambil endah terhadap penerbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) yang malangkaui jangkaan pasaran untuk terus memanjat ke puncak ketinggian yang terbaharu.

Selain itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang berduka di bawah paras 1.50% serta lonjakan inflasi merupakan antara jawapan kepada faktor yang mempengaruhi harga emas terus mencanak.

Harga emas turut peroleh pengukuhan susulan kenyataan oleh Federal Reserve (Fed) ketika mesyuarat polisi FOMC pada baru-baru ini berkaitan pendirian dovish terhadap kenaikan kadar faedah.

Ucapan yang diutarakan oleh Fed pada sesi New York malam ini dan penerbitan data inflasi AS pada Rabu juga akan di ambil kira sebagai aspek yang mampu menggegarkan pergerakan harga emas.

Jikalau dagangan emas kekal menerima momentum untuk terus melonjak, zon rintangan pada 1830.00 yang sering kali mengekang lonjakan sejak dagangan Julai dijangka akan kembali diuji.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan pada trend bullish semakin jelas untuk harga emas berkemungkinan berpotensi untuk mencapai semula sehingga ke paras tumpuan sebelum ini pada 1850.00.

Namun andai kata harga kembali memapar trend penurunan, kebarangkalian yang tinggi mungkin akan melihat harga kembali menguji zon RBS (resistance become support) pada 1800.00.

Penurunan yang ketara melepasi zon RBS itu bakal memperlihatkan harga akan memberi petunjuk awal untuk harga emas menuju ke zon RBS berikutnya 1780.00 dan memapar perubahan trend.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat