Analisis GOLD – Emas Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Mendatar Sepanjang Minggu

1,190

Dagangan komoditi emas pada minggu ini dilihat mendatar dengan perubahan nilai yang sedikit sahaja dipamerkan sepanjang minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga kekal bergerak mendatar dengan paras rintangan pada 1950.00 yang diuji pada minggu lalu masih menjadi penghalang buat kenaikan harga.

Sementara penurunan harga pula sekadar meniti di sekitar paras 1915.00 yang menjadi paras sokongan semasa buat harga.

Emas gagal memberi arah yang lebih jelas kepada pelabur sementara faktor-faktor yang mempengaruhinya terus dipantau.

Sentimen perang Rusia-Ukraine dan ketegangan yang turut tercetus bersama Amerika Syarikat (AS) dan juga Eropah masih memberi isyarat pasaran yang berisiko kepada pelabur.

Namun, situasi yang mendorong tarikan terhadap aset safe-haven itu walau bagaimanapun gagal melonjakkan harga emas ekoran faktor pengukuhan mata wang US dolar.

Oleh itu, harga meneruskan pergerakan mendatar sepanjang minggu ini bersambung sejak minggu lalu lagi.

Sekiranya kenaikan harga emas berjaya dipamerkan, paras rintangan pada 1950.00 menantik untuk diuji selepas cubaan kenaikan pada minggu lalu gagal melepasi ke paras lebih tinggi.

Jika rintangan tersebut ditembusi, zon SBR (support become resistance) 1970.00 pula menjadi sasaran untuk diuji harga.

Sebaliknya jika harga menunjukkan penurunan pula, paras sokongan awal adalah pada 1900.00 bakal menjadi tumpuan.

Penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan dilihat akan mencecah ke zon sekitar 1870.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat