Analisis GOLD – Emas Bakal Merosot Untuk Minggu Ketiga Berturut-turut?

623

Emas didagangkan suram pada minggu lalu setelah cubaan kenaikan harga beberapa kali terkandas di setakat paras $1,680.

US dolar yang didagangkan baik beberapa minggu ini menjadi faktor pendorong tekanan terhadap dagangan semasa aset logam kuning itu.

Setelah perubahan corak harga pada dagangan awak Oktober lalu, emas meneruskan pergerakan dalam trend bearish pada minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan penurunan harga di penghujung minggu lalu mencecah paras 1640.00.

Namun, harga emas tidak susut di bawah zon RBS (resistance become support) pada pembukaan pasaran awal minggu ini apabila corak kenaikan harga mula dipaparkan bermula dari sesi Asia.

Kenaikan harga dilihat akan menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang menjadi penanda trend bearish masih diteruskan.

Sekiranya emas masih meneruskan penurunan harga minggu ini, zon RBS 1640.00 akan diuji dan bakal ditembusi untuk catatkan paras terrendah terbaru 3 minggu.

Penurunan harga yang dilanjutkan dijangka untuk mencecah zon tumpuan 1615.00 yang telah diuji pada penghujung September lalu sebelum pasaran menyaksikan lantunan semula harga.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, jangkaan perubahan trend harga akan mendorong kenaikan yang menguji rintangan minggu lalu pada 1680.00.

Kenaikan yang berjaya menembusi rintangan tersebut akan menjangkakan zon tumpuan pada 1700.00 bakal diuji sebelum kenaikan yang diteruskan selanjutnya bakal menuju zon rintangan 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat