Analisis GOLD – Emas Bakal Sasar Untuk Lepas Zon $1,870

952

Walaupun tidaklah begitu ketara peningkatan nilai emas pada awal minggu ini, namun komoditi logam kuning itu berjaya mengatasi paras harga pada minggu lalu.

Seperti yang dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga paparkan corak kenaikan di awal minggu pada dagangan Isnin semalam.

Faktor penyusutan US dolar memberi ruang untuk emas kembali meningkat, walaupun sentimen pasaran yang semakin memulih dilihat tidak begitu memberi kelebihan terhadap aset safe-haven.

Oleh itu, walaupun harga emas menunjukkan peningkatan di awal minggu, namun pergerakan harga dilihat masih bergerak dalam julat yang terhad.

Namun, pelabur masih boleh menarik nafas lega ekoran petunjuk bagi pergerakan bullish harga masih terdapat pada carta XAU/USD dengan harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa jam.

Setelah harga mencapai paras ketinggian terbaru di awal minggu sekitar 1864.00, harga susut semula berlegar di zon 1850.00 di penghujung sesi New York bersambung sehingga dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Selasa).

Jika harga kembali memaparkan kenaikan, mengatasi paras ketinggian semalam akan mendorong harga untuk menguji zon tumpuan pada rintangan 1870.00.

Melepasi zon tersebut seterusnya akan menjangkakan kenaikan diteruskan pula ke zon rintangan pada ketinggian 1900.00.

Pelabur walau bagaimanapun tetap berjaga-jaga sekiranya harga emas kembali membuat terjunan semula untuk isyarat pergerakan trend bearish.

Penurunan harga dilihat akan kembali menuju ke paras 1830.00 untuk menguji paras penting tersebut.

Dan penurunan lebih rendah selanjutnya akan kembali semula ke zon support utama pada 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat