Analisis GOLD – Emas Bangkit Semula Selepas Terjunan Ketika Reaksi Data NFP

691

Dagangan emas yang menyusut hampir ke paras $1,765 pada penghujung minggu lalu telah berjaya meningkatkan nilainya semula disebabkan oleh pergerakan US dolar yang didagangkan suram pada pembukaan awal minggu semalam.

Raja mata wang itu gagal untuk meneruskan pengukuhan walaupun data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu mencatatkan bacaan yang lebih memberangsangkan mengatasi jangkaan.

Justeru, pelabur menjangkakan Federal Reserve (Fed) berkemungkinan bakal membuat kenaikan kadar faedah yang agresif sebanyak 75 mata asas buat kali ketiganya pada mesyuarat yang terdekat ini.

Selain daripada itu, hasil bon 10 tahun dan indeks dolar juga menyusut semula di awal minggu ini selepas membuat kenaikan yang ketara di akhir minggu lepas.

Tumpuan pelabur kini bakal terarah kepada penerbitan data inflasi AS pada Rabu dan data indeks harga pengeluar AS pada Khamis yang bakal memberikan gambaran awal terhadap penetapan polisi oleh Fed.

Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam, pada pembukaan sesi dagangan Asia semalam harga yang bergerak mendatar di atas paras 1770.00 mula menunjukkan kenaikan semula di sesi Eropah bersambung sehingga ke penghujung sesi New York.

Peningkatan harga tersebut dilihat telah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang menunjukkan isyarat perubahan trend bullish dan gagal untuk menyambung corak penurunan harga di penghujung minggu lalu.

Pergerakan harga yang bersambung pada sesi Asia pagi ini kekal bergerak mendatar di zon 1785.00 di atas paras sokongan MA50 yang dijangkakan harga akan meneruskan peningkatan pada dagangan sesi New York.

Sekiranya harga berjaya meneruskan pengukuhan, paras halangan pada 1800.00 bakal kembali menjadi tumpuan untuk diuji setelah harga emas jatuh di bawah paras tersebut sejak dagangan awal Julai lalu.

Harga yang berjaya meneruskan lonjakan melepasi zon 1800.00 bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu dengan mensasarkan pula pada beberapa paras tumpuan seterusnya seperti 1815.00 dan 1830.00.

Sebaliknya jika penyusutan harga emas berlaku semula, harga masih dilihat akan turun menguji semula zon support pada 1760.00 yang kekal membendung harga daripada mengalami kejatuhan yang lebih rendah seperti pada dagangan minggu lalu.

Namun jika harga berjaya menembusi zon tersebut ke paras lebih rendah, penyusutan harga yang lebih jelas akan menjangkakan untuk menuju ke zon RBS (resistance become support) 1740.00 sebelum harga dijangkakan bakal mencecah sehingga ke paras 1720.00 yang menjadi tumpuan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat