Analisis GOLD – Emas Bergelut Untuk Bangkit Lepasi Semula Paras $2,000

1,430

Pergerakan harga emas suram pada dagangan Khamis semalam yang lebih mendatar berbanding kejutan pada Rabu lalu di mana pelabur telah menyaksikan emas menjunam sehingga $100 selepas kenaikan hampir mencatatkan paras tertinggi terbaru sepanjang masa (ATH).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menyentuh paras ketinggian 2070.00 pada Rabu lalu, sedikit sahaja lagi untuk mengatasi paras ATH 2074.00 yang dicapai Ogos 2020 lalu.

Harga kemudiannya telah menjunam semula sehingga ke bawah paras 2000.00 susulan reaksi pasaran terhadap keredaan risiko perang Rusia-Ukraine sebelum ini yang mengurangkan tarikan terhadap emas dengan tindakan oleh Presiden Ukraine yang menyatakan hasrat untuk penyelesaian diplomatik.

Namun, sentimen pasaran kembali dinilai berisiko ekoran rundingan pusingan keempat berakhir tanpa sebarang persetujuan berkenaan genjatan senjatan dan koridor kemanusiaan.

Walaupun kembali meningkat semula, harga emas dilihat bergelut untuk melepasi paras 2000.00 dan mengendurkan harapan pelabur untuk menjangkakan lonjakan lebih tinggi.

Penganalisis masih menilai harga akan menyambung penurunan harga ekoran pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD kekal beri isyarat bearish buat emas.

Penurunan harga dilihat akan menguji zon RBS (resistance become support) pada 1970.00 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju pula ke paras tumpuan 1950.00.

Untuk pergerakan lanjut harga pada trend bearish yang lebih jelas, pelabur perlu bersedia untuk kejatuhan lebih rendah harga emas sehingga ke paras sekitar 1970.00 atau zon 1870.00 semula.

Namun, jika terdapat petunjuk untuk lonjakan harga emas semula, paras 2000.00 dan halangan MA50 bakal dilepasi harga terlebih dahulu.

Kenaikan yang diteruskan diharapkan untuk kembali mencapai paras ketinggian 2070.00 semula untuk memberi pelabur harapan melihat harga emas catat paras ketinggian terbaru ATH lagi pada kali ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat