Analisis GOLD – Emas Bergerak Tenang Sebelum Gelora NFP Melanda

3,456

Pergerakan mendatar emas sejak awal minggu diteruskan sehingga dagangan bersambung hari ini (Khamis).

Emas yang sering menunjukkan pergerakan korelatif berbanding US dolar tidak memaparkan reaksi ketara walaupun US dolar bergerak melawan arah dengan beberapa faktor yang mempengaruhinya sejak penghujung minggu lalu.

Penganalisis pasaran melihat situasi ini sebagai sikap berwaspada para pelabur menantikan keputusan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Namun, pelabur emas masih optimis menjangkakan kenaikan buat nilai emas susulan US dolar yang dilihat bakal bergerak lemah susulan kenyataan dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada persidangan Jackson Hole minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga yang dicapai pada Rabu semalam gagal mengatasi paras tertinggi minggu ini yang dicapai pada sesi Asia Isnin lalu pada ketinggian 1823.00.

Zon harga 1810.00 dilihat menjadi zon sokongan bagi pergerakan mendatar harga sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah petang ini.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk menuju rintangan 1830.00 selepas zon tersebut diuji pada Julai dan awal Ogos.

Untuk situasi penurunan yang boleh berlaku, zon 1800.00 akan diuji semula yang dilihat sebagai zon sokongan bagi membendung kejatuhan lebih rendah harga emas.

Penurunan di bawah paras tersebut akan memberi isyarat untuk pergerakan bearish dengan sasaran penurunan harga akan menuju zon tumpuan sebelum ini pada 1765.00 dan juga 1745.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat