Analisis GOLD – Emas Bersinar, Harga Mendaki Menuju $1,700

636

Dagangan komoditi emas terus mengukir senyuman di wajah pelabur apabila corak pergerakan harga yang positif dipamerkan pada minggu ini selepas lonjakan awal yang berlaku pada penutup dagangan minggu lalu.

Prestasi suram mata wang US dolar yang terus menyusut dilihat terus menyumbang terhadap kenaikan nilai emas semasa dalam pasaran.

Pelabur optimis menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada minggu ini yang dilihat mengakhiri trend bearish beberapa minggu sebelum ini.

Walaupun corak agak pasif dipaparkan harga pada pembukaan awal minggu Isnin lalu, lonjakan pada sesi New York semalam telah memberi isyarat yang lebih positif buat emas.

Selepas lonjakan dari paras 1640.00 semalam, pelabur telah menilai petunjuk untuk pergerakan trend bullish buat harga selepas harga mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Meneliti pergerakan harga pada hari ini, harga pada mulanya mendatar di atas paras sokongan MA50 di sesi Asia sebelum lonjakan diteruskan lagi mengatasi ketinggian di awal minggu.

Lonjakan positif emas bersambung ke sesi Eropah menjangkakan kenaikan bakal diteruskan ke paras sasaran 1680.00 yang merupakan paras rintangan harga sebelum ini.

Melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga menjengah pula ke zon tumpuan 1700.00 sebelum rintangan berikutnya dilihat berada pada zon 1720.00 untuk diuji.

Sebaliknya, jika harga emas kembali menjunam semula gagal untuk meneruskan kenaikan, paras 1640.00 berkemungkinan akan menjadi persinggahan awal buat harga.

Susut lebih rendah di bawah paras tersebut akan menguatkan lagi isyarat untuk perubahan trend bearish semula sebelum harga dijangka susut ke sekitar 1617.00 yang dicecah pada penghujung minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat