Analisis GOLD – Emas Bertapak Di Zon $1,720 Sementara Nantikan Mesyuarat FOMC

683

Dagangan emas masih lagi bergerak mendatar pada awal minggu didorong oleh pergerakan suram US dolar sementara pelabur berwaspada menjelang mesyuarat polisi FOMC minggu ini.

Setelah diperincikan dengan data inflasi yang terus meningkat pada bulan Jun ke paras tertinggi terbaru sejak 40 tahun, tekanan terus dirasai oleh Federal Reserve (Fed) untuk bertindak melanjutkan langkah kenaikan yang agresif buat kali keduanya sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat kali ini.

Dalam pada itu, pelabur bakal menantikan penerbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang bakal memberi petunjuk sama ada ekonomi sedang menuju ke arah kemelesetan atau sebaliknya.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dagangan sesi Asia semalam menyaksikan harga membuat kenaikan bersambung ke sesi Eropah mencapai paras ketinggian 1736.00 sebelum menyusut semula bersambung ke sesi New York sekitar 200 pips ke bawah paras 1720.00 semula.

Malah, harga juga telah melepasi bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat pergerakan bearish buat emas namun harga masih lagi berlegar pada paras MA50 tersebut pada dagangan yang bersambung ke hari ini (Selasa) di atas paras 1720.00

Untuk jangkaan penurunan harga emas, melepasi paras penting 1720.00 akan menjangkakan penurunan bakal dilanjutkan ke zon 1700.00 yang dilihat akan menjadi tumpuan awal sebelum ke paras lebih rendah.

Seterusnya, penurunan yang lebih rendah emas dijangkakan bakal menuju ke zon support pada 1680.00 setelah penurunan minggu lalu gagal untuk menyambung penurunan lebih rendah melepasinya.

Sebaliknya jika harga emas menunjukkan corak peningkatan, kenaikan dari zon 1720.00 bakal menuju ke paras halangan 1760.00 untuk diuji setelah mengatasi paras ketinggian dicapai pada Jumaat lalu.

Dan untuk peningkatan harga lebih tinggi, kenaikan lanjut logam kuning dijangkakan bakal menguji zon 1785.00 sebelum menuju pula ke zon tumpuan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat