Analisis GOLD – Emas Buat Pelabur Tersenyum Dengan Lonjakan Lebih Tinggi Ke Zon $1,850

833

Kejatuhan US dolar dan hasil bon Amerika Syarikat (AS) telah memberi peluang untuk dagangan emas meningkat lebih tinggi dari paras terendah satu bulan yang dicecah pada minggu ini.

Federal Reserve (Fed) telah menaikan kadar faedah kepada 1.75% dalam mesyuarat polisi terbaharunya semalam (Khamis) dan turut menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi AS yang memberi petanda mengenai risiko kemelesetan akan berlaku.

Hasil bon AS 10 tahun yang merosot lebih rendah kepada 3.18% turut menyebabkan US dolar untuk terus melemah selepas kenaikan kadar faedah oleh Fed tidak melonjakkan nilai raja mata wang itu.

Walau bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati untuk pergerakan US dolar ekoran penganalisis pasaran kekal menjangkakan bahawa US dolar boleh bangkit semula dengan isyarat dari Fed yang hawkish dengan melaksanakan kenaikan kadar yang agresif itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah mempamerkan lonjakan pada dagangan penghujung sesi Eropah semalam setelah penurunan awal berlaku di awal sesi mencecah paras terendah harian sekitar 1816.00.

Perubahan trend juga dinilai pelabur emas selepas harga tidak berjaya menembusi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk melihat komoditi emas itu untuk meneruskan peningkatan ke paras yang lebih tinggi.

Lonjakan harga sehingga ke penghujung sesi New York, telah mencapai paras ketinggian pada 1857.00 sebelum harga susut semula pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat). Kenaikan semula harga dilihat pada sesi Eropah, namun pelabur lebih berwaspada dengan jangkaan pergerakan lebih menarik pada sesi New York sebentar lagi.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan melepasi zon 1850.00, dilihat zon rintangan 1870.00 yang diuji pada minggu lalu bakal menjadi sasaran semula.

Kenaikan lebih tinggi yang melepasi zon rintangan tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu buat emas dengan sasaran harga seterusnya untuk menuju 1900.00.

Sebaliknya, jika kenaikan gagal diteruskan dan harga susut semula dibawah paras 1830.00, tumpuan harga bakal terarah kepada 1810.00 sekali lagi sebelum penurunan lebih rendah akan dijangkakan mencecah pada zon tumpuan 1800.00.

Penurunan harga ke zon 1800.00 tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu untuk dagangan emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat