Analisis GOLD – Emas Capai Ketinggian Terbaru Lagi Menjelang Laporan NFP

778

Dagangan komoditi emas berjaya paparkan prestasi positif pada dagangan Khamis semalam dengan peningkatan ke paras terbaru minggu ini ekoran penyusutan semula US dolar sementara pelabur waspada menunggu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan sebentar lagi di sesi New York.

Risiko kemelesetan di AS yang semakin meningkat masih menjadi kebimbangan oleh pembuat dasar Federal Reserve (Fed), namun beberapa pegawai berpandangan kenaikan kadar agresif masih perlu diteruskan lagi untuk mesyuarat mendatang.

Faktor ini boleh menjadi pendorong untuk pengukuhan semula US dolar dalam pasaran selepas ini dan turut akan mempengaruhi pergerakan semasa bagi emas.

Selain itu, hasil bon 1o tahun AS juga kembali menyusut memberikan ruang kepada logam kuning untuk mengukuh dipenghujung sesi dagangan minggu ini.

Perhatikan pergerakan harga pada carta pasangan XAU/USD mengukur nilai emas berbanding US dolar pada dagangan semalam, harga emas dilihat meneruskan peningkatan sehingga ke penutup sesi dagangan New York mencapai ketinggian pada paras 1795.00.

Kenaikan harga dari zon 1760.00 telah melepasi zon rintangan pada 1785.00 dan turut melepasi juga halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sebagai isyarat untuk meneruskan pergerakan bullish.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini sehingga ke sesi Eropah, harga dilihat bergerak mendatar di bawah paras ketinggian yang dicapai semalam dan dijangka harga akan mempamerkan arah pergerakan selanjutnya selepas laporan NFP sebentar lagi.

Kenaikan harga emas jika diteruskan akan mencabar paras 1800.00 untuk menguji paras penting tersebut untuk catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Jika harga berjaya menembusi rintangan tersebut, paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan lagi dengaan lonjakan seterusnya akan mensasarkan pula pada ketinggian 1815.00 dan 1830.00.

Sekiranya harga gagal untuk meneruskan pengukuhan, penurunan semula harga dijangka untuk kembali ke zon sokongan pada 1760.00 sebelum pelabur menilai isyarat perubahan trend bearish.

Penurunan yang lebih rendah bagi logam kuning di ramalkan bakal menyusut sehingga ke zon RBS (resistance become support) 1740.00 sebelum mencecah paras 1720.00 untuk penurunan yang kekal diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat