Analisis GOLD – Emas Dah Habis Daya Untuk Sambung Lonjakan?

885

Dagangan emas menceriakan pelabur pada Rabu semalam, namun situasi mungkin berbeza pada hari ini ketika pasaran menghampiri penghujung minggu.

US dolar diperhatikan memapar prestasi suram susulan beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) melontarkan pandangan bahawa kenaikan kadar faedah perlu dihentikan sementara waktu untuk menilai kesan terhadap ekonomi semasa Amerika Syarikat (AS).

Selain itu juga, ramalan terhadap laporan pekerjaan NFP AS yang suram bagi bulan Mei turut menambah tekanan buat US dolar.

Ini sekaligus memberi ruang untuk aset logam kuning pamerkan peningkatan nilainya setelah merosot beberapa minggu sebelum ini.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan pendakian yang diteruskan semalam mencapai paras 1974.00.

Ini adalah seperti yang dijangkakan penganalisis susulan pergerakan harga yang telah berada semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu dengan isyarat bullish.

Namun, pelabur menyaksikan penurunan harga dipaparkan semula pada sesi Eropah hari ini menguji sokongan MA50 tersebut menuju ke zon 1950.00.

Tidak mustahil harga boleh berubah arah semula pada dagangan sesi berikutnya dalam suasana tidak menentu menuju penghujung minggu ini.

Sekiranya harga junam lebih dalam melepasi zon 1950.00, paras terendah dicecah Selasa lalu pada 1932.00 bakal diuji.

Selanjutnya harga boleh cecah hingga sekitar 1900.00 dengan pergerakan bearish yang jelas buat emas.

Sebaliknya, jika harga yang berlegar di zon 1950.00 mula melantun naik semula, corak kenaikan berkemungkinan masih lagi akan diteruskan.

Melepasi ketinggian semalam akan mendorong harga menguji rintangan pada zon 1980.00 sebelum mencapai paras tumpuan pada 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat