Analisis GOLD – Emas Gagal Bersinar Di Awal Minggu, Pelabur Kekal Waspada

589

Apa berlaku pada pergerakan harga emas di awal minggu ini?

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di pembukaan dagangan awal minggu semalam, harga dilihat bermula baik dengan kenaikan dipaparkan pada sesi Asia dari paras sekitar 1850.00.

Kenaikan harga emas masih didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan sehingga bersambung pada awal minggu ini.

Namun, selepas harga mencapai paras ketinggian sekitar 1863.00, harga membuat penurunan semula di sesi Eropah dan mendatar pada 1855.00 sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.

Bersambung pada Selasa, harga memulakandagangan di sesi Asia pagi ini dengan penurunan ke paras 1846.00.

Pelabur emas mula berwaspada semula dengan isyarat perubahan trend bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD di sesi Asia.

Peningkatan harga semula dilihat menguji halangan MA50 di sesi Eropah yang bakal memberi petunjuk bagi pergerakan harga emas selanjutnya.

Sekiranya kenaikan harga berjaya melepasi halangan tersebut dan terus dipacu membuat kenaikan, sasaran untuk harga seterusnya adalah menuju ke zon rintangan pada 1870.00 yang turut menjadi tumpuan pada dagangan minggu lalu.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong harga menuju pula ke paras ketinggian 1900.00 untuk catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Sebaliknya, jika harga terus menunjukkan penurunan yang menguatkan lagi petunjuk untuk pergerakan bearish, jangkaan harga adalah untuk kembali menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1830.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat