Analisis GOLD – Emas Gerak Mendatar, Pelabur Makin Gelisah!

551

Emas lebih memaparkan corak mendatar harga pada dagangan Rabu semalam ketika pergerakan US dolar yang mempengaruhi emas juga bercampur-campur.

Kebimbangan pasaran terhadap krisis perbankan global masih menjadi faktor pasaran yang tak menentu walaupun terdapat beberapa laporan positif dalam perkembangan di awal minggu.

Emas sebagai aset safe-haven juga turut hilang tarikan setelah pada minggu lalu harga berjaya capai paras $2,000.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga masih bertahan di atas paras 1950.00 sehingga semalam selepas penurunan di awal minggu dari paras 2000.00.

Harga juga dilihat berlegar di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang masih belum menunjukkan arah pergerakan yang jelas.

Sekiranya kenaikan berlaku pada dagangan penghujung minggu ini, masih paras ketinggian 2000.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji semalam.

Paras 2000.00 kini berfungsi sebagai rintangan terbaru di mana cubaan beberapa kali kenaikan minggu lalu telah gagal menembusinya.

Namun jika harga mula menjunam semula, zon sokongan pada 1950.00 akan terus diasak untuk ditembusi ke paras lebih rendah.

Jika penurunan lebih rendah berlaku, harga emas berkemungkinan akan disasarkan untuk menuju sehingga ke 1900.00 yang merupakan antara paras tumpuan penting.

Pelabur dinasihatkan untuk mengawal risiko dagangan untuk emas menghampiri penghujung minggu ini bagi menutup dagangan Mac 2023.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat