Analisis GOLD – Emas Jatuh Ke Paras Terendah Sejak September 2021!

2,116

Komoditi logam kuning berharga terus parah dihentam oleh faktor pengukuhan US dolar yang semakin menuju ke dagangan penghujung minggu ini.

US dolar dilihat meneruskan peningkatan nilainya pada sesi New York semalam selepas terbitan data PMI perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang mencatat bacaan lebih baik berbanding jangkaan untuk menurun.

Seterusnya tumpuan telah beralih kepada terbitan laporan minit mesyuarat FOMC yang hawkish memberi isyarat Federal Reserve (Fed) bakal meneruskan langkah peningkatan kadar faedah agresif untuk mesyuarat FOMC yang akan datang dengan kebimbangan terhadap inflasi menjadi tumpuan utama.

Fed dijangka untuk melaksanakan kenaikan kadar sekitar 50 atau 75 mata asas pada mesyuarat Julai, dan pelabur juga memberi perhatian terhadap perbincangan bagi keputusan kenaikan kadar pada September pula.

Justeru, dengan pengukuhan berterusan US dolar ini berpotensi untuk membenam harga emas susut lebih rendah walaupun emas mempunyai kelebihan dalam sentimen pasaran risk-off.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak mendatar pada sesi Asia semalam sebelum penurunan lebih agresif dipamerkan pada sesi New York untuk menyambung kejatuhan harga pada Selasa.

Harga yang membuat penurunan sekitar 4o0 pips semalam mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu mencecah ke paras sekitar 1732.00 di sesi New York.

Penurunan tersebut juga turut dilihat melepasi paras sokongan Disember 2021 yang lalu pada 1760.00 dan terus memberi isyarat bearish dengan pergerakan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Namun dagangan pada penghujung sesi New York bersambung pada hari ini (Khamis), pergerakan harga mendatar dan perlahan di sekitar 1740.00-1745.00, namun pelabur berhati-hati jika harga mula bergerak agresif pada sesi berikutnya seperti situasi semalam.

Jika harga meneruskan penurunan yang lebih rendah, dilihat paras sekitar 1720.00 akan menjadi sasaran yang bakal dituju di mana sebelum ini pernah menjadi zon sokongan pada dagangan Oktober dan September tahun lalu sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru lagi.

Sebaliknya jika berlaku perubahan trend bullish semula, rintangan awal harga terlihat pada zon 1760.00 yang bakal diuji terlebih dahulu sebelum harga yang terus melantun lebih tinggi berkemungkinan akan mencapai semula ke zon 1785.00 yang telah menjadi tumpuan pada dagangan penghujung minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat