Analisis GOLD – Emas Junam Ke Lubuk Sebelum Bangkit Semula Ke Paras $2,000!

1,475

Harga emas ketara paparkan kejatuhan pada Rabu semalam ke paras terendah 2 minggu mencecah sekitar $1,970.

Ini memberi tamparan hebat buat para pelabur yang menjangkakakan sebelum ini harga emas mampu bertahan di atas paras $2,000.

Situasi tidak menentu pasaran menambah gelisah pelabur dengan pengukuhan semula US dolar semalam yang disokong peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) memberi tempias buruk kepada dagangan emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga yang pada mulanya perlahan di sesi Asia sekitar 2005.00 kemudiannya susut di bawah paras 2000.00 dan mencecah 1970.00 pada sesi Eropah.

Gelora tidak berakhir setakat itu sahaja apabila harga emas kemudiannya mencanak semula menuju paras 2000.00 pada dagangan sesi New York.

Selepas menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), harga emas akhirnya berjaya melepasinya dan kembali menyentuh paras 2000.00 di sesi Eropah petang ini.

Namun, pergerakan kekal perlahan dan pelabur masih berhati-hati menanti petunjuk pergerakan harga selanjutnya yang lebih jelas.

Sekiranya harga berjaya melonjak lebih tinggi dari paras 2000.00, trend harga untuk emas akan terlihat lebih bullish dan bakal menuju ke sekitar 2030.00.

Seterusnya, paras ketinggian minggu lalu pada 2048.00 bakal dicabar sebelum harga emas catatkan paras ketinggian yang baru.

Sebaliknya, jika harga gagal berada di atas paras 2000.00 sebaliknya melantun turun semula, akan menjadi isyarat awal untuk penurunan semalam diteruskan hari ini.

Jika penurunan melepasi paras yang dicecah semalam sekitar 1970.00 itu, harga emas dilihat akan menuju zon tumpuan pada 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat