Analisis GOLD – Emas Kekal Mendatar Menjelang Data Inflasi AS

1,067

Pergerakan harga semasa emas dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran sementara pelabur menantikan terbitan data-data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.

Menjelang data inflasi AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini, harga emas kekal bergerak mendatar di bawah zon harga $1,800.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, zon 1800.00 masih menjadi penghalang untuk kenaikan harga ke paras lebih tinggi.

Beberapa kali harga dilihat menguji zon tersebut namun gagal menembusinya sejak minggu lalu sehingga dagangan bersambung pada awal minggu ini.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD juga dilihat menghalang kenaikan harga emas untuk memberi isyarat pergerakan bearish.

Penurunan harga walau bagaimanapun perlu melepasi paras sokongan 1785.00 yang menjadi tumpuan sejak minggu lalu, bagi memberikan petunjuk pergerakan penurunan yang lebih jelas.

Melepasi paras tersebut akan menjangkakan harga turun menguji paras 1765.00 sebelum ke paras 1745.00 yang berada lebih rendah bagi harga menguji semula paras harga yang pernah menjadi tumpuan sebelum ini.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak melepasi benteng halangan 1800.00, kenaikan lebih tinggi harga emas akan dijangkakan untuk menguji zon 1810.00.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju pula rintangan 1830.00 untuk menguji paras ketinggian yang dicapai pada awal September.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat