Analisis GOLD – Emas Masih Belum Cukup ‘Bersinar’, Bakal Susut Ke Paras $1,800?

807

Walaupun US dolar paparkan prestasi suram pada dagangan Selasa semalam, namun peluang gagal dimanfaatkan oleh emas untuk meningkat dalam pasaran ekoran sentimen pasaran yang kembali memulih daripada berisiko sebelum ini.

Tarikan terhadap aset safe-haven semakin memudar menyaksikan harga emas menyusut semula selepas paparkan kenaikan di awal minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan lonjakan awal harga di atas paras 1800.00 pada Isnin lalu namun harga gagal mengekalkan momentum pada dagangan Selasa semalam.

Menguji zon SBR (support become resistance) pada 1830.00, harga membuat penurunan semula semalam sehingga ke penghujung sesi New York ke sekitar 1815.00.

Bersambung pada dagangan hari ini (Rabu), harga emas telah memberi isyarat pergerakan bearish selepas bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) semula dan berkemungkinan akan menyambung semula corak penurunan minggu lalu.

Sekiranya penurunan harga berlaku, harga akan menguji kembali zon tumpuan pada 1800.00 sebelum penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menuju ke zon jangkaan 1760.00.

Penurunan ke zon tersebut juga akan mencatatkan paras terendah terbaru emas untuk tempoh dagangan 5 bulan, atau terendah untuk tahun 2022.

Sebaliknya jika lonjakan harga berjaya diteruskan melepasi zon 1830.00, pelabur lebih optimis untuk emas kembali bergerak dalam trend bullish.

Kenaikan harga bakal menguji beberapa zon tumpuan yang lebih tinggi seperti pada zon 1850.00 dan seterusnya pada rintangan 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat