Analisis GOLD – Emas Melonjak Capai $2,070, Hampir Atasi Paras Tertinggi Sepanjang Masa

1,092

Sekali lagi mengejutkan pelabur pada minggu ini, harga emas melonjak tinggi hampir mencapai semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkodkan pada Ogos 2020 yang lalu.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menjadi tumpuan semalam apabila harga yang pada mulanya telah melepasi paras 2000.00 pada sesi Asia akhirnya menamatkan pendakian sehingga menyentuh paras ketinggian 2070.00.

Paras tersebut telah menjadi sasaran oleh penganalisis pasaran sebelum ini namun agak mengejutkan pelabur apabila kenaikan harga emas ke paras tersebut dengan tempoh lebih tinggi singkat berbanding jangkaan.

Ini adalah berikutan tarikan terhadap aset safe-haven emas terus meningkat ekoran kebimbangan terhadap pasaran minyak mentah yang boleh mempengaruhi faktor inflasi.

Setelah mencapai paras 2070.00 pada sesi New York, harga pantul semula dan mendatar di bawah paras tersebut sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu).

Pergerakan harga emas masih dalam trend bullish bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pelabur semakin optimis untuk harga emas merekodkan paras ketinggian terbaru sepanjang masa mengatasi paras 2074.00 dicapai pada Ogos 2020 sekiranya kenaikan harga masih diteruskan.

Namun waspada sekiranya terdapat isyarat untuk harga emas mula menjunam kembali setelah lonjakan tinggi harga dipamerkan.

Penurunan harga dilihat akan kembali menuju semula ke paras 2000.00 dan berkemungkinan boleh menjadi paras sokongan buat harga pula.

Penurunan yang melepasi paras sokongan MA50 akan memberikan petunjuk awal bagi perubahan trend bearish buat emas.

Zon RBS (resistance become support) pada 1970.00 turut akan menjadi tumpuan sebelum penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menuju pula ke sekitar 1950.00 dan paras-paras tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat