Analisis GOLD – Emas Mendatar Selepas Junam Dari Paras $1,800

402

Sedikit melegakan, tapi tidak cukup ubati luka di hati para pelabur emas.

Harga emas bergerak lebih mendatar pada Selasa semalam selepas berlaku kejatuhan ketara pada dagangan awal minggu lalu.

Pergerakan bagi mata wang US dolar yang mempengaruhi nilai emas dijangka akan terus berisiko ketika persoalan terus tercetus terhadap dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) menjelang mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Namun, sesi New York semalam masih menyaksikan US dolar memaparkan pengukuhan yang turut disokong oleh faktor sentimen pasaran yang dinilai berisiko dengan ketegangan Rusia-Eropah berkenaan isu minyak serta kehangatan perang Rusia-Ukraine menjadi tumpuan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menjunam ke paras 1766.00 pada Isnin lalu, namun mendatar di atas paras tersebut pada Selasa semalam.

Julat pergerakan harga emas semalam di antara 1766.00 dan ketinggian 1781.00.

Harga yang masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat pergerakan harga kekal dalam trend bearish walaupun sedang mendatar seketika.

Penurunan lanjut harga emas akan dijangkakan untuk menguji zon RBS (resistance become support) pada 1760.00.

Jika zon tersebut gagal melantunkan semula harga, sebaliknya harga jatuh lebih rendah menembusinya, harga bakal menyusur ke zon tumpuan berikutnya yang dilihat berada pada sekitar 1733.00.

Sementara, bagi jangkaan untuk kenaikan harga emas pula, harga perlu melepasi zon 1780.00 dan halangan MA50 terlebih dahulu untuk menandakan isyarat awal perubahan trend.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji semula sasaran zon penting pada 1800.00 selepas harga jatuh dari ketinggian tersebut di awal minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat