Analisis GOLD – Emas Meningkat Untuk Hari Ke-2 Berturut-Turut

692

US dolar masih gagal memberi arah pergerakan harga yang jelas menuju ke penghujung minggu ini menyebabkan emas berjaya meneruskan corak kenaikan untuk hari kedua berturut-turut.

Namun, kenaikan semula nilai emas masih belum berjaya untuk menutup kerugian yang dicatatkan selepas kejatuhan yang bermula pada penghujung minggu lalu.

Penurunan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendorong penyusutan nilai US dolar telah membuka ruang untuk dagangan emas mencatatkan peningkatan semula semalam.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga emas telah menunjukkan pergerakan lebih positif pada sesi Eropah semalam dengan peningkatan harga sebelum sedikit suram pada penghujung dagangan sesi New York.

Isyarat bullish dinilai pelabur selepas harga bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD membuatkn kenaikan emas berterusan di penghujung minggu ini.

Hasil bon AS yang telah membuat penurunan selepas memuncak pada awal minggu ini membuatkan logam kuning ini membuat peningkatan semula. Tetapi pelabur masih berjaga-jaga menjelang terbitan data indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS pada Jumaat yang bakal memacu pergerakan US dolar sekaligus turut mempengaruhi perubahan nilai emas dalam pasaran.

Sekiranya corak kenaikan harga emas masih berjaya dikekalkan, harga dilihat bakal menguji zon resistance pada 1870.00 semula yang menjadi rintangan penting diuji pada 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan harga tertinggi terbaru emas untuk tempoh 5 minggu dengan sasaran seterusnya untuk menuju zon 1900.00 pula.

Sebaliknya jika harga emas membuat penurunan, isyarat awal untuk trend bearish harga berkemungkinan akan mendorong harga menuju ke zon RBS (resistance become support) 1830.00.

Sekiranya penurunan masih diteruskan dan harga berjaya melepasi zon tersebut, harga emas bakal catatkan paras terendah terbaru 3 minggu dengan sasaran menuju zon 1810.00 atau paras tumpuan pada 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat