Analisis GOLD – Emas Menyusur Turun Ke Zon $1,950 Di Awal Minggu

584

Dagangan emas menyambung penyusutan lanjut pada awal minggu semalam menyaksikan harga semakin menjauh turun dari paras $2,000 yang telah dicapai minggu lalu.

Sentimen pasaran yang sedikit diredakan dengan perkembangan krisis perbankan global dilihat mengurangkan tarikan terhadap aset safe-haven emas.

Sementara, US dolar pula kembali didagangkan lemah di awal minggu, gagal meneruskan pengukuhan yang telah dipamerkan pada penutup dagangan minggu lalu.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga memulakan dagangan sekitar 1975.00 dan perlahan di sesi Asia semalam.

Penurunan lebih jelas kelihatan pada sesi Eropah hingga harga susut menguji zon tumpuan 1950.00 sebelum melantun lemah di sesi New York.

Pergerakan harga mendatar di atas zon 1950.00 tersebut menyambung dagangan pada hari ini (Selasa).

Isyarat bearish pada carta XAU/USD di mana harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kekal menjangkakan penurunan akan terus berlaku pada dagangan emas.

Jika penurunan dilanjutkan di bawah zon 1950.00, harga bakal susut ke paras lebih rendah hingga ke sasaran tumpuan pada 1900.00.

Ini menandakan penurunan sehingga $50 lagi buat nilai emas jika harga mencecah sekitar tersebut.

Namun jika zon 1950.00 berjaya menjadi sokongan untuk lonjakan harga berlaku semula, paras rintangan pada ketinggian 2000.00 akan terus menjadi tumpuan penting bakal diuji.

Harga emas akan catatkan ketinggian terbaru sejak Februari 2022 sekiranya zon tersebut berjaya ditembusi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat