Analisis GOLD – Emas Mulakan Langkah Untuk Sambung Penurunan?

1,018

Pergerakan harga emas masih mendatar memasuki hari ke-8 bergerak di bawah paras harga $1,800 dengan paras sokongan pada $1,765.

Sentimen buat US dolar masih lagi bercampur-campur dan turut mempengaruhi pergerakan perlahan harga emas dalam pasaran sejak minggu lalu.

Dilihat pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, sesi Eropah pada hari ini (Selasa) melihatkan sedikit pengukuhan US dolar mendorong penurunan harga menuju zon support 1765.00.

Harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta XAU/USD memberi isyarat untuk penurunan harga.

Namun masih awal untuk melihat arah pergerakan harga lebih jelas selagi harga masih mendatar pada julat tersebut.

Sekiranya harga berjaya membuat penurunan melepasi support 1765.00, pelabur akan melihat trend penurunan lebih jelas dengan menyaksikan harga emas terus mengalami susut nilai.

Pasaran terhampir yang dituju dilihat pada sekitar 1745.00 dengan sasaran penurunan lebih rendah bakal menuju kembali ke paras tumpuan 1700.00 sebelum ini.

Sekiranya paras support 1765.00 berjaya menyokong semula kenaikan harga emas, berkemungkinan harga akan kembali semula ke paras rintangan 1800.00.

Untuk kenaikan di atas paras tersebut akan memberi kelegaan kepada para pelabur emas bagi jangkaan trend menaik semula.

Paras sasaran kenaikan harga dilihat pada zon SBR (support become resistance) 1850.00 selepas zon rintangan pada sekitar 1820.00 berjaya dilepasi.

Pergerakan harga dijangka akan lebih rancak pada penghujung minggu ekoran pelabur menantikan acaran tumpuan pada minggu ini iaitu laporan pekejaan NFP Amerika Syarikat untuk bulan Jun.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat