Analisis GOLD – Emas Nak Susut Sampai Harga $1,900 Ke?

824

Harga emas kembali terjerumus ke bawah semula pada pembukaan dagangan awal minggu semalam selepas pelabur menyaksikan lonjakan pada Jumaat lalu.

Kesan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi terakhir minggu lalu yang membuatkan US dolar melemah telah memberi ruang untuk harga emas meningkat.

Namun ruang tersebut kembali ditutup semula berikutan kenyataan oleh ahli Federal Reserve (Fed) yang dilihat menyokong US dolar untuk bergerak kukuh.

Gabenor Michele Bowman menyatakan padangan bahawa kenaikan kadar faedah tambahan perlu dilaksanakan oleh bank pusat untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran 2%.

Jika beberapa kenyataan lain yang hadir turut menyokong situasi itu, US dolar berkemungkinan akan mengukuh lagi menuju terbitan data inflasi AS yang diramalkan bakal meningkat semula.

Ini semakin menambahkan tekanan lebih besar buat emas dan harga boleh jatuh lebih rendah minggu ini.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah membuat penurunan dari paras 1945.00 pada pembukaan sesi pertama minggu ini sehingga mencecah 1932.00 pada sesi New York semalam.

Pergerakan harga yang bersambung pada hari ini (Selasa) yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi amaran pergerakan bearish kepada pelabur emas.

Harga boleh jatuh lebih rendah pada sesi-sesi berikutnya mengatasi paras minggu lalu dengan sasaran untuk menguji paras 1920.00.

Tembus lebih rendah akan menjangkakan penurunan harga emas hingga ke zon penting 1900.00.

Namun jika berlaku lonjakan semula, harga dijangkakan akan menuju kembali ke paras 1950.00 untuk harga pulih semula dari kejatuhan minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi buat harga emas dilihat akan menghampiri semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1970.00 dan zon rintangan 1980.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat