Analisis GOLD – Emas ‘Permainkan’ Pelabur Sekali Lagi

1,037

Senario yang berulang-ulang pastinya membuatkan pelabur kecewa dengan pergerakan emas untuk beberapa minggu ini.

Seperti semalam juga, kenaikan harga emas sekali lagi hampir menyentuh paras sasaran $1800 sebelum menjunam semula dipengaruhi oleh pergerakan US dolar dalam pasaran.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat susut pada sesi Asia semalam sebelum harga melonjak semula pada sesi Eropah ekoran penyusutan US dolar memberi reaksi terhadap penurunan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Kegembiraan pelabur tidak bertahan lama apabila terpaksa menyaksikan harga menjunam semula pada awal sesi New York setelah hampir ke paras 1800.00.

Kenyataan oleh Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen yang memberikan petunjuk untuk peningkatan kadar faedah AS telah menjadi tumpuan pasaran dan meningkatkan semula dagangan US dolar.

Justeru, harga emas telah terjun sekitar 280 pips sehingga ke paras sekitar 1770.00 menembusi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat bearish pada carta XAU/USD.

Pada dagangan sesi Asia pagi Rabu juga, kenaikan harga dilihat gagal melepasi halangan MA50 sebelum membuat penurunan bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan dan mengecewakan para pelabur dengan jangkaan harga untuk menuju ke zon 1765.00 semula.

Jika trend bearish harga berterusan, harga bakal susut lebih rendah sehingga ke paras-paras tumpuan sebelum ini pada 1745.00 dan 1720.00.

Namun jika harga emas kembali melonjak, benteng kebal 1800.00 masih menjadi tumpuan utama untuk diuji dan ditembusi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat