Analisis GOLD – Emas Sambung ‘Terjun Pandalela’

2,580

Sesi Eropah pada Jumaat semakin rancak melihatkan pergerakan turun naik harga yang lebih agresif dalam pasaran dengan tertumpu pada pengukuhan yang dipamerkan US dolar.

Berkemungkinan pelabur kembali cenderung ke arah sentimen berisiko dan lebih berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada malam ini.

Antara pergerakan volatile dilihat pada dagangan emas dengan harga pada carta XAU/USD telah pamerkan terjunan semula di bawah paras penting 1900.00.

Setakat sesi Eropah, harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 400 pips menuju ke paras sokongan harga pada 1875.00.

Namun pergerakan harga masih rancak sekitar jam 5 petang waktu tempatan namun bergelar di bawah paras 1900.00 yang menjadi zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Dengan tekanan dari US dolar, harga bakal terus ditekan lebih rendah untuk cuba melepasi pula paras sokongan 1875.00 sebelum menuju ke zon support sekitar 1850.00.

Walau bagaimanapun pelabur akan tetap berwsapada dengan jangkaan peningkatan semula harga emas jika sentimen berubah.

Kenaikan semula harga dijangka akan ke paras 1900.00 untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Pergerakan agresif harga bakal bersambung sehingga ke sesi New York pula dengan laporan data pekerjaan NFP dengan jangkaan bacaan data yang lemah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat