Analisis GOLD – Emas Sasar Lonjak Naik Ke Paras $2,000 Atau Susut Bawah $1,900?

1,253

Dagangan emas bergerak suram pada penghujung minggu lalu selepas corak kenaikan harga yang dipaparkan susulan reaksi terhadap keputusan mesyuarat FOMC gagal dikekalkan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar minggu lalu telah menyaksikan harga menjunam sehingga ke paras support 1900.00.

Namun selepas keputusan mesyuarat FOMC, US dolar bergerak lemah dalam pasaran memberi ruang untuk harga emas kembali meningkat semula.

Walaupun kenaikan harga berlaku, harga terhalang pada paras rintangan 1950.00 sebelum mengakhiri dagangan di penghujung sesi New York minggu lalu sekitar 1920.00.

Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, harga masih bergerak perlahan di sekitar penutupan harga tersebut sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Pelabur mula menilai isyarat bagi perubahan trend bearish selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine akan terus dipantau pada minggu ini yang bakal mempengaruhi pergerakan emas semasa.

Jangkaan untuk US dolar kembali mengukuh selepas ini juga membuatkan pelabur emas terus berhati-hati dan bersedia jika harga emas susut semula.

Sekiranya harga membuat penurunan, paras sokongan pada 1900.00 akan kembali diuji pada minggu ini.

Jika harga berjaya tembusi paras tersebut, paras tumpuan seterusnya pada 1870.00 atau lebih rendah pada 1830.00 akan kembali menjadi tumpuan pula pada penurunan selanjutnya.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat lonjakan dan menembusi rintangan 1950.00, kenaikan harga bakal mensasarkan semula untuk harga emas capai paras 2000.00.

Seterusnya, ketinggian 2070.00 yang dicapai sebelum ini akan cuba dicapai untuk emas terus mencabar paras ketinggian terbaru sepanjang masa yang direkodkan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat