Analisis GOLD – Emas Sedang ‘Panaskan Enjin’ Untuk Kembali Ceroboh Tembok $1,800?

1,926

Menilai kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD terus menterjemah peningkatan untuk menguji tembok 1800.00 dan mengumpul lonjakan minggu ini melebihi 500 pips.

Namun ketika sesi New York semalam dan menuju ke penghujung sesi, pergerakan harga emas tampaknya bergerak secara mendatar sebelum terus menjunam pada sesi dagangan hari ini (Jumaat).

Junaman tersebut juga dilihat sedang menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka 1 jam serta zon RBS (resistance become resistance) 1780.00 yang berjaya ditembusi pada dagangan Rabu.

Hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang merosot serta peningkatan data indeks harga pengeluar (PPI) merupakan antara faktor yang telah memacu harga emas untuk terus terbang tinggi.

Selain itu, lonjakan kadar inflasi AS yang lebih tinggi dan matawang USD yang kelihatan agak goyah turut menjadi faktor yang telah memangkin pelabur kembali beralih arah kepada dagangan emas.

Manakala data penjualan runcit AS bagi September yang akan diterbitkan pada sesi New York kelak pula akan menjadi aspek untuk dinilai oleh pelabur bagi melihat pergerakan harga emas terus meriah.

Jika harga emas berjaya meneruskan aksi yang memberangsangkan, zon rintangan 1800.00 yang telah mengekang lonjakan harga pada sesi dagangan Khamis dilihat akan sekali lagi mejadi paras untuk diuji.

Peningkatan yang lebih tinggi akan menyaksikan pergerakan harga emas menuju ke zon rintangan yang paling kukuh sekitar 1830.00 dan mencatatkan rekod ketinggian yang terbaharu 4 minggu.

Sebaliknya jika pergerakan harga emas terus menyusut menembusi paras rintangan 1780.00, harga berkemungkinan bakal menuju semula ke zon RBS (resistance become support) yang lebih rendah pada paras 1760.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat