Analisis GOLD – Emas Sedikit Susut, Namun Pelabur Optimis Dengan Prestasi Emas

1,271

Selepas mencapai paras ketinggian terbaru pada 5 minggu semalam, harga emas kembali susut semula pada dagangan hari ini (Jumaat).

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga berjaya memecah tembok 1745.00 sebelum kenaikan mencapai paras ketinggian 1758.00 di sesi New York semalam.

Namun, dagangan sejak sesi Asia bersambung ke sesi Eropah hari ini pula melihatkan harga emas pamerkan corak penurunan kembali semula ke paras 1745.00 yang membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru.

Menguji zon tersebut, harga juga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan memberi isyarat arah selanjutnya harga emas.

Penurunan harga juga didorong oleh pengukuhan semula US dolar selepas hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang kembali meningkat.

Namun, sekiranya US dolar kembali susut semula, harga emas bakal menyambung kenaikan untuk menuju zon SBR (support become resistance) 1765.00 dengan sekitar 200 pips kenaikan harga.

Harga yang berjaya lepasi zon tersebut menguatkan jangkaan penganalisis untuk harga emas kembali capai paras harga 1800.00.

Sebaliknya jika harga menjunam di bawah zon RBS 1745.00, pelabur perlu waspada untuk situasi perubahan trend bearish semula bagi dagangan emas.

Penurunan harga dijangka akan kembali susut ke paras 1720.00 sebelum ke paras lebih rendah pada zon support 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat