Analisis GOLD – Emas Susut Dulu Sebelum Melantun Di Paras $1,900

1

Pergerakan harga emas pada minggu ini sedikit suram membuatkan keterujaan pelabur mula mengendur semula selepas gagal mengekalkan corak lonjakan seperti minggu lalu.

Dagangan mata wang US dolar masih lagi dilihat lemah, namun gagal dimanfaatkan oleh emas untuk melanjutkan lagi kenaikan nilainya.

Bersambung pada hari ini (Rabu), harga emas susut di sesi Asia sebelum meningkat semula di sesi Eropah, sementara pelabur kekal berwaspada menantikan petunjuk lebih jelas untuk dagangan logam kuning itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan di awal pembukaan minggu ini ke paras 1929.00 sebelum harga kembali berundur lebih rendah semula.

Pada Selasa semalam, pelabur mula menilai isyarat bearish buat emas apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Bersambung hari ini, harga susut ke paras 1900.00 seperti dijangkakan penganalisis menyaksikan harga menguji zon tersebut.

Memberi reaksi, harga melantun semula dari zon tersebut, namun pergerakan harga masih berada di bawah paras MA50.

Sekiranya harga terus menjunam di bawah zon 1900.00, harga bakal menyusur lebih rendah ke paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1870.00.

Seterusnya, penurunan yang dilanjutkan bakal menuju pula ke zon 1830.00 yang menjadi sokongan harga pada dagangan awal Januari lalu.

Sebaliknya jika harga melonjak semula dari zon 1900.00, harga emas akan menyambung semula pergerakan trend bullish minggu sebelum ini dan mengatasi ketinggian dicapai di awal minggu.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju ke sasaran lebih tinggi berada pada sekitar 1950.00 yang bakal diuji.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat