Analisis GOLD – Emas Susut Menuju Semula Ke Paras $1,900

1,827

Kebimbangan terhadap langkah sekatan pergerakan di Shanghai selepas tercetusnya semula penularan coronavirus di China minggu lalu tampaknya tidak memberi impak kenaikan harga buat dagangan emas.

Sebaliknya nilai logam kuning berharga itu paparkan penurunan pada pembukaan pasaran untuk minggu terakhir bulan Mac ini.

Ketidaktentuan pasaran yang memberi kelebihan terhadap mata wang US dolar di samping peningkatan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) menjadi antara faktor yang mendorong penyusutan emas di awal minggu ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan isyarat pergerakan bearish susulan penurunan harga yang telah bermula sejak awal sesi Asia semalam kembali mendorong harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Penurunan harga emas sehingga ke penghujung sesi New York telah mencecah ke paras sekitar 1920.00 sebelum harga mendatar pada zon tersebut bersambung pada dagangan hari ini.

Dengan corak penurunan yang telah dipaparkan, pelabur bakal menjangkakan penurunan harga untuk menguji paras support 1900.00.

Sekiranya paras tersebut gagal membendung penurunan lanjut harga, paras tumpuan seterusnya dilihat pada 1870.00 pula untuk harga uji.

Namun jika berlaku kenaikan harga pula, paras 1950.00 akan menjadi rintangan awal yang diuji sebelum harga yang melepasi halangan MA50 bakal memberi isyarat awal untuk perubahan trend.

Selanjutnya, zon SBR (support become resistance) 1970.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji rintangan minggu lalu itu.

Kenaikan lebih tinggi akan kembali mensasarkan pada paras tumpuan 2000.00 untuk meningkatkan semula keyakinan pelabur bagi pergerakan emas seterusnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat