Terus mengukir senyuman di wajah para pelabur emas di awal minggu ini, harga emas meneruskan lonjakan yang telah tercetus sejak penghujung minggu lalu.
Dengan situasi pasaran berisiko disebabkan kebimbangan terhadap krisis Rusia-Ukraine, tarikan terhadap emas sebagai aset safe-haven terus meningkatkan nilai emas semasa.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menepati jangkaan untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi mencapai paras ketinggian terbaru 8 bulan sehingga dagangan bersambung pada hari ini (Selasa).
Harga dilihat menyambung lonjakan dari zon 1851.00 sehingga melepasi zon rintangan 1870.00 yang sebelum ini pernah diuji pada dagangan November lalu.
Sesi Asia pagi ini menyaksikan harga membuat kenaikan lagi sehingga mencapai paras ketinggian sekitar 1879.00 sebelum penurunan semula dipamerkan pada sesi Eropah menguji semula paras 1870.00.
Perkembangan krisis geopolitik antara Rusia dan Ukraine akan terus dipantau dan akan menjadi faktor memacu pergerakan harga emas minggu ini.
Pelabur optimis harga emas akan terus meningkat lebih tinggi dengan sasaran seterusnya adalah pada ketinggian terbaru pada 1900.00.
Pun begitu, pelabur tetap berwaspada dan tidak menolak jangkaan untuk perubahan arah harga boleh berlaku semula dalam pasaran.
Penurunan awal harga dilihat akan ke zon RBS (resistance become support) pada 1850.00 dan harga yang kembali bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bakal memberi petunjuk untuk kejatuhan semula emas.
Penurunan lebih rendah akan menuju ke paras-paras tumpuan sebelum ini semula seperti paras 1830.00 dan 1815.00 yang memberi reaksi menarik pada dagangan minggu lalu.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG