Analisis GOLD – Emas Teruskan Cubaan Untuk Sentuh Paras $2,050

647

Dalam ketidaktentuan pasaran menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti, dagangan emas dilihat berjaya paparkan prestasi yang cemerlang.

Harga berjaya melonjak hampir mencapai ke paras $2,050 pada Selasa semalam namun kemudiannya dilihat kembali berundur ke sekitar $2,030 semula.

Penganalisis melihat faktor yang menyokong peningkatan harga emas adalah ketegangan konflik geopolitik di Timur Tengah yang masih berlarutan.

Ketika pelabur sedang berwaspada terhadap pergerakan US dolar, emas mendapat tarikan sebagai aset safe-haven dalam suasana pasaran yang berisiko.

Namun, corak pergerakan harga boleh berubah selepas pasaran menghadam keputusan mesyuarat FOMC nanti.

Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga telah diteruskan semalam mencapai ketinggian 2048.00 selepas paras minggu lalu berjaya diatasi iaitu sekitar 2037.00.

Namun belum sempat harga menyentuh paras 2050.00, penurunan berlaku semula ke zon 2030.00.

Penurunan harga tidak melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang berfungsi sebagai sokongan buat harga.

Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga emas berlegar perlahan di atas zon 2030.00 sambil menantikan mesyuarat FOMC yang semakin hampir.

Kenaikan harga jika masih diteruskan akan terus menguji rintangan 2050.00 sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan selepas itu.

Lonjakan lebih kukuh impak selepas mesyuarat berkemungkinan boleh menyaksikan harga menuju sehingga ke ketinggian 2070.00.

Namun, kebimbangan akan melanda pelabur sekiranya harga bergerak ke arah sebaliknya iaitu menjunam ke bawah.

Dari zon 2030.00, harga emas boleh cecah hingga ke paras 2000.00 yang merupakan salah satu zon tumpuan sebelum ini.

Malah, kejatuhan lebih rendah harga lebih dari paras tersebut boleh berlaku dengan pergerakan volatile yang boleh tercetus kesan reaksi pelabur terhadap mesyuarat FOMC nanti.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat