Analisis GOLD – Emas Teruskan Meningkat Walaupun Pada Momentum Perlahan

1,270

Walaupun bergerak pada momentum yang perlahan, namun dagangan emas masih dilihat mempamerkan kenaikan sehingga menuju ke dagangan penghujung minggu ini.

Tarikan terhadap aset emas mula meningkat selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan ke paras ketinggian terbaru seperti yang dijangkakan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan harga ke paras 1981.00 pada dagangan Rabu semalam selepas kenaikan dari paras 1950.00 pada hari sebelumnya.

Harga masih memberi petunjuk untuk pergerakan trend bullish di mana harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Selepas tumpuan terhadap data inflasi AS mula mereda, perhatian teralih kembali pada perkembangan konflik Rusia dan Ukraine yang masih tegang.

Pelabur meletakkan jangkaan untuk harga emas meneruskan kenaikannya menuju paras ketinggian pada 2000.00.

Namun sekiranya harga susut di bawah zon 1970.00 dan juga melepasi penurunan di bawah paras sokongan MA50, pelabur perlu bersiap sedia untuk perubahan trend buat emas.

Sasaran bagi penurunan awal harga bakal menguji paras sekitar 1950.00 terlebih dahulu sebelum memberi isyarat untuk meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan lebih jelas harga untuk pergerakan trend bearish akan mendorong harga menuju sehingga ke zon support pada 1900.00 yang menjadi tumpuan untuk beberapa penurunan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat