Analisis GOLD – Harapan Pelabur Makin Malap, Emas Sambung Menjunam Lagi

1,761

Harga emas menjunam lebih rendah bersambung pada hari ini (Selasa) selepas penurunan yang dipamerkan pada pembukaan pasaran awal minggu.

Apa yang sudah terjadi pada prestasi cemerlang emas pada dagangan beberapa minggu sebelum ini?

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga telah meneruskan penurunan lebih rendah minggu ini selepas mencapai paras ketinggian 2070.00 di awal minggu lalu.

Tarikan terhadap emas sebagai aset safe-haven mula suram walaupun krisis peperangan antara Rusia dan Ukraine masih berlarutan.

Rundingan antara kedua negara akan bersambung lagi pada hari ini.

Sementara US dolar kini sedang mendominasi menjelang mesyuarat FOMC yang bakal menjangkakan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat kali ini.

Pengukuhan US dolar juga turut menambahkan tekanan terhadap emas yang dijangka untuk susut lebih rendah sehingga ke penghujung minggu ini.

Setelah penurunan harga pada sesi New York semalam berlegar di paras sekitar 1950.00, penurunan diteruskan lagi sejak sesi Asia pagi ini bermula sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Setakat jam 4.30 petang waktu tempatan, harga telah susut ke paras sekitar 1925.00 dengan jangkaan untuk penurunan diteruskan menuju ke paras tumpuan 1900.00.

Jika paras tersebut juga berjaya dilepasi, harga bakal menguji paras 1870.00 pula pada zon RBS (resistance become support).

Sekiranya harga emas membuat kenaikan pula, zon 1970.00 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini akan kembali diuji semula.

Kenaikan yang diteruskan bakal mensasarkan semula ke paras ketinggian 2070.00 yang dicapai minggu lalu.

Dan sekiranya harga berjaya melonjak sedikit sahaja lagi melepasi paras 2074.00, paras tertinggi terbaru sepanjang masa buat emas bakal tercipta lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat