Analisis GOLD – Harapan Pelabur Pudar Selepas Emas Jatuh Semula Di Bawah $1,800

1,024

Kegelisahan kembali menyelubungi para pelabur emas apabila harapan untuk melihat logam kuning tersebut mula suram selepas penyusutan nilai di awal minggu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar minggu lalu telah pamerkan aksi yang meyakinkan dengan lonjakan sehingga $60 melepasi paras 1800.00.

Namun pada dagangan Isnin semalam harga kembali susut semula di bawah paras 1800.00 dan menutup dagangan sesi New York di sekitar paras 1790.00.

Penurunan tersebut juga telah memberi isyarat untuk pergerakan bearish selepas harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Dagangan pada Selasa lebih mendatar dari sesi Asia bersambung ke sesi Eropah di sekitar paras 1790.00 tersebut sementara pelabur masih menilai sentimen pasaran semasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan harga.

Pengukuhan semula US dolar berkemungkinan boleh memberi tekanan terhadap nilai emas dalam pasaran dan mendorong penurunan lebih rendah pada carta XAU/USD.

Harga yang susut lebih rendah akan menguji dahulu zon 1780.00 sebelum penurunan yang diteruskan sehingga kembali semula ke zon support 1760.00 ketika lonjakan harga minggu lalu.

Untuk jangkaan kenaikan pula, rintangan 1800.00 akan kembali diuji untuk memberi harapan semula bagi prospek pengukuhan emas.

Melepasi halangan tersebut akan mendorong jangkaan kenaikan paras ketinggian dicapai minggu lalu pada 1814.00 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras 1830.00.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat