Analisis GOLD – Harga Akan Melonjak Lebih Tinggi Atau…

1,101

Lonjakan harga pada carta XAU/USD Khamis semalam melihatkan kenaikan harian sehingga 340 pips menunjukkan nilai dagangan emas terus meningkat sehingga penghujung minggu ini.

Sentimen kekal tidak berubah dengan pelabur optimis terhadap perkembangan pakej rangsangan ekonomi AS dan juga vaksin membuatkan US dolar kekal bergerak lemah.

Kesan penyusutan ketara US dolar sejak awal minggu turut memberi ruang harga emas untuk meningkat selain mata wang utama yang lain.

Harga telah mencapai paras tertinggi minggu ini pada sekitar 1896.00 hampir semula ke paras tumpuan 1900.00.

Namun harga emas dilihat kembali susut semula pada dagangan Jumaat dan pelabur akan lebih berhati-hati terhadap kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan keuntungan (profit-taking) yang mendorong penurunan harga.

Penurunan harga dilihat akan menguji paras 1875.00 pada zon RBS (resistance become support) dan pelabur akan meneliti reaksi harga di zon tersebut.

Sekiranya harga dilihat kembali pantul semula membuat kenaikan dari zon tersebut, kenaikan harga dijangka diteruskan menuju semula zon tumpuan 1900.00.

Namun jika harga ketara turun lebih rendah melepasi zon RBS 1875.00 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, pelabur akan mula melihat kecenderungan trend bearish pada carta XAU/USD.

Penurunan selanjutnya dilihat akan kembali semula ke sekitar 1850.00 yang menjadi paras sokongan pada Rabu lalu sebelum harga melonjak lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat