Analisis GOLD – Harga Buat Terjunan Menggila Penghujung Minggu Lalu

1,721

Basah berpeluh para pelabur emas minggu lalu disebabkan kejatuhan harga mendadak logam kuning tersebut sebelum dagangan minggu lalu berakhir.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang turun di bawah paras 1800.00 telah pamerkan turun penurunan yang lebih jelas ke paras terendah terbaru 8 minggu.

Pengukuhan US dolar yang didorong oleh kemerosotan pasaran Wall Street di samping disokong oleh sentimen pakej bantuan ekonomi AS telah memberi tekanan terhadap dagangan emas semasa.

Pada dagangan Jumaat lalu, harga telah turun lebih rendah menembusi paras1765.00. Paras support minggu sebelumnya itu nyata gagal menghalang kejatuhan ketara harga emas yang ditekan oleh faktor pengukuhan bagi mata wang US dolar.

Penurunan harga tersebut telah mencecah ke paras terendah terbaru sekitar 1717.00 dan mencatatkan hampir 600 pips penurunan harian!

Namun bersambung pada dagangan pembukaan awal minggu ini, harga dilihat menunjukkan kenaikan semula dari paras terenda 1717.00 sehingga ke paras 1760.00 setakat sesi Eropah.

Kenaikan lebih 400 pips tersebut terhalang di zon SBR (support become resistance) 1765.00 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Zon tersebut akan dijadikan petunjuk buat pelabur sekiranya harga menunjukkan perubahan trend semula.

Harga emas dijangka bergerak lemah pada minggu ini untuk turun semula ke paras sokongan 1720.00.

Sekiranya harga berjaya melonjak, kenaikan harga bakal menuju semula ke paras tumpuan 1800.00 selepas zon SBR 1785.00 berjaya dilepasi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat