Analisis GOLD – Harga Emas Kekal ‘Merangkak’ Ke Penghujung Minggu

1,213

Harga emas tidak memberikan sebarang kejutan kepada pelabur menuju dagangan penghujung minggu dengan hanya menyaksikan pergerakan mendatar.

Gagal memberikan isyarat arah yang jelas, harga emas pada minggu ini kekal bergerak di bawah paras $1,800 dengan paras sokongan pada $1,765.

Perubahan nilai emas dipengaruhi oleh pergerakan US dolar, namun pelabur pada minggu ini kembali berwaspada terhadap dagangan US dolar berikutan pandangan bercampur oleh ahli Federal Reserve (Fed) dalam perbincangan dasar monetari.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat diperhatikan selama 3 hari berturut-turut harga tidak turun lebih rendah daripada paras 1773.00.

Pun begitu, harga juga gagal untuk mendapatkan rentak untuk mengukuh dengan paras tertinggi minggu ini hanya dicapai sekitar 1794.00 pada Rabu lalu.

Jangkaan pelabur untuk melihat harga menyambung penurunan seperti minggu lalu meleset dan perlu nantikan dagangan yang bersambung pada minggu hadapan pula.

Sekiranya harga membuat penurunan di bawah zon support 1765.00, jangkaan harga akan cenderung untuk meneruskan penurunan lebih rendah dengan paras terhampir yang menjadi tumpuan dilihat pada 1745.00.

Untuk sasaran lebih rendah, penganalisis mengunjurkan untuk harga emas susut semula ke paras tumpuan 1700.00 sebelum ini.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan di atas paras halangan 1800.00, akan memberikan kelegaan kepada para pelabur untuk isyarat trend bullish semula.

Harga bakal meneruskan kenaikan untuk menuju ke zon SBR (support become resistance) 1850.00 selepas melepasi rintangan pada paras harga sekitar 1820.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat