Analisis GOLD – Harga Emas Kembali ‘Steady’ Atas $1,700

715

Komoditi emas didagangkan lebih mendatar pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas mempamerkan pergerakan yang lebih positif pada penutup dagangan minggu lalu.

Pada Jumaat, harga emas berjaya meningkat semula melepasi paras $1,700 per auns selepas dagangan pada Khamis sebelumnya telah mencecah ke paras terendah 6 minggu sekitar $1,689.

Perubahan nilai emas dalam pasaran turut dipengaruhi oleh pergerakan US dolar yang sedikit melemah menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu.

Namun, untuk dagangan bagi tempoh masa lebih panjang, US dolar berkemungkinan dijangka untuk kekal mengukuh dan memberi tekanan kepada emas berikutan petunjuk hawkish oleh Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat polisi pada September.

Pelabur juga memantau indeks dolar yang kini melonjak ke paras tertinggi 20 tahun mencecah paras 110.00.

Jika pelabur meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Jumaat lalu, harga dilihat berjaya paparkan corak kenaikan selepas memaparkan trend bearisha yang berterusan sejak awal minggu.

Kenaikan harga telah melepasi paras 1700.00 dan juga halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang memberi isyarat awal untuk perubahan arah harga.

Kenaikan yang dipamerkan dilihat mencapai paras 1718.00 sebelum menutup dagangan minggu sekitar 1710.00.

Pergerakan harga mendatar sepanjang sesi Asia pagi Isnin berlegar di atas paras sokongan MA50 dan berkemungkinan boleh memaparkan corak pergerakan yang berbeza minggu ini.

Sekiranya kenaikan diteruskan melepasi rintangan 1720.00 pada zon SBR (support become resistance) tersebut, pelabur lebih optimis terhadap perubahan trend bullish itu dan akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi untuk emas.

Kenaikan seterusnya bakal menuju ke zon sekitar 1740.00 yang menjadi rintangan pada dagangan awal minggu lalu sebelum kenaikan lebih tinggi harga pula dilihat akan kembali mencapai semula zon tumpuan pada 1760.00.

Namun jika harga gagal untuk meneruskan kenaikan melepasi zon 1720.00 sebaliknya menyusut lebih rendah di bawah paras sokongan MA50, isyarat trend bearish tersebut dilihat akan menjangkakan paras terendah minggu lalu bakal diuji minggu ini.

Sasaran terbaru untuk penurunan yang diteruskan adalah untuk mencecah sekitar 1680.00 untuk harga emas catatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat