Analisis GOLD – Harga Emas Melantun Naik Selepas Gagal Tembus Zon $1,920

1,250

Harga emas tidak menyambung penurunan lanjut pada dagangan Khamis semalam apabila harga masih berlegar di zon kritikal iaitu pada $1,920.

US dolar dilihat masih mengekalkan pengukuhannya namun momentum kian pudar dan semakin kurang memberi tekanan kepada harga emas ketika dagangan menuju ke penghujung minggu.

Namun, pelabur tetap berwaspada dengan sebarang risiko pergerakan harga yang tak menentu boleh berlaku pada sesi-sesi akhir minggu ini.

Memerhati pergerakan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang membuat penurunan pada Rabu lalu telah menjejak ke paras 1920.00 semula, namun harga mendatar di sekitar itu sepanjang Khamis semalam.

Kemudiannya pada dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga sedikit membuat kenaikan di atas 1920.00 dan dilihat telah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dan mencapai sekitar 1927.00.

Ini memberi isyarat awal untuk perubahan trend yang boleh berlaku kepada harga emas, namun pelabur masih bertenang menantikan petunjuk yang lebih jelas.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan, harga bakal menguji paras 1930.00 dahulu sebelum melanjutkan pendakian ke paras lebih tinggi.

Zon 1950.00 menanti untuk diuji sekali lagi jika kenaikan harga berterusan setelah harga gagal melepasinya pada dagangan minggu yang lalu.

Namun jika harga berpatah arah menunjukkan corak penurunan semula, pergerakan harga di bawah paras 1920.00 dan MA50 akan mencadangkan kejatuhan lebih parah emas.

Penurunan harga boleh dijangkakan untuk mencecah paras 1900.00 yang turut menjadi paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Jika penurunan lebih rendah berlaku, paras support pada 1885.00 yang diuji pada Ogos lalu akan menjadi sasaran harga berikutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat