Analisis GOLD – Harga Emas Semakin Pamerkan Penurunan

865

Harga emas dilihat menunjukkan penurunan, semakin menjauh dari paras $1,900 yang dicapai selepas harga menguji zon rintangan tersebut pada Selasa.

Seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga turun lebih rendah pada dagangan hari ini (Khamis) menuju ke paras sokongan pada 1875.00.

Pelabur melihat isyarat awal bagi penurunan lebih rendah harga emas selepas harga bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini bakal mempengaruhi pergerakan US dolar dan juga komoditi emas.

Jika paras 1875.00 gagal untuk menyokong kenaikan semula harga, penurunan lebih rendah akan menguji pula paras 1850.00.

Seterusnya, trend bearish harga pada carta XAU/USD dijangkakan untuk harga kembali semula sehingga ke paras tumpuan 1800.00 sebelum ini.

Namun, jika harga emas kembali meningkat semula, zon rintangan 1900.00 akan diuji sekali lagi sebelum pelabur boleh menyaksikan lonjakan lebih tinggi.

Melepasi zon rintangan tersebut akan menambahkan kelegaan semula kepada para pelabur bagi menjangkakan harga emas untuk menuju ke paras ketinggian terbaru sekitar 1950.00 pula.

Paras tersebut kali terakhir diuji adalah pada dagangan awal Januari lalu sebelum harga terus bergerak di bawah paras itu sehingga Jun ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat