Analisis GOLD – Harga Emas Sudah Susut Sebanyak $50!

2,053

Semakin rancak pergerakan harga dalam pasaran sementara menantikan acara utama pada minggu ini iaitu terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat untuk bulan Mei pada awal sesi New York sebentar lagi.

Dagangan komoditi dihangatkan dengan kejatuhan harga emas yang lebih ketara semalam selepas terdapat tanda-tanda untuk penurunan harga sebelum ini.

Mari perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Setelah harga bergerak mendatar pada zon rintangan 1900.00, harga telah pamerkan penurunan agresif pada dagangan Khamis semalam dengan penurunan harian dicatatkan sekitar 450 pips.

Penurunan harga emas mencecah paras 1865.00 sebelum pergerakan kembali perlahan berlegar di bawah paras 1875.00 sehingga penghujung sesi New York.

Bersambung pula pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga menyambung sedikit lagi penurunan ke paras 1856.00 sebelum meningkat semula ke paras tumpuan 1875.00 yang menjadi rintangan buat pergerakan semasa harga emas.

Dengan pengukuhan semula US dolar di penghujung minggu, harga memberikan isyarat untuk memulakan trend bearish bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun arah pergerakan lebih jelas harga akan ditentukan selepas laporan NFP diterbitkan sebelum pelabur bersedia untuk menyambung dagangan pada minggu berikutnya.

Sekiranya harga meneruskan penurunan lebih rendah, paras sokongan pada 1850.00 pula akan diuji yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support).

Untuk penurunan seterusnya, zon RBS utama pada 1800.00 akan kembali menjadi tumpuan sebelum reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai pelabur.

Sekiranya harga emas berjaya mencatatkan kenaikan semula, paras rintangan pada 1900.00 sebelum ini akan kembali menjadi sasaran untuk diuji sebelum kenaikan lebih tinggi terbaru berkemungkinan akan menuju ke paras sekitar 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat