Analisis GOLD – Harga Emas Susut Semakin Menjauh Dari Paras $1,800

1,174

Terus menambah luka buat pelabur emas, komoditi berharga itu kembali memaparkan kejatuhan nilainya berbeza dengan situasi lonjakan di awal minggu yang meyakinkan pelabur.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di awal minggu telah menyaksikan harga melonjak sehingga melepasi paras penting 1800.00 berikan isyarat positif bagi trend bullish.

Namun, situasi tersebut tidak kekal lama apabila harga susut semula di bawah paras 1800.00 pada Rabu semalam sehingga ke paras 1783.00 di sesi New York.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam kembali memberi isyarat perubahan trend bearish semula untuk dagangan emas.

Sentimen tak menentu bagi pergerakan US dolar membuatkan pelabur berwaspada untuk sebarang perubahan arah harga yang tak dijangka boleh berlaku dalam pasaran.

Penurunan harga lebih rendah bakal menuju ke paras tumpuan sekitar 1765.00 sebelum selepas kenaikan di atas paras tersebut pada 2 minggu lalu.

Penurunan yang diteruskan akan menguji pula paras 1745.00 dan penurunan di bawah paras ini akan mendorong kejatuhan harga emas sehingga ke zon support 1700.00 semula.

Namun jika harga emas berjaya melonjak semula di atas paras 1800.00, akan memberikan kelegaan buat para pelabur untuk jangkaan trend bullish yang akan diteruskan.

Untuk kenaikan lebih tinggi, paras rintangan pada 1830.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji terlebih dahulu sebelum kenaikan seterusnya akan mensasarkan ke paras ketinggian 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat