Analisis GOLD – Harga Emas Susut Semula Selepas Capai Zon Tumpuan Pada $1,870

1,163

Walaupun momentum perlahan, namun emas tetap berjaya mengekalkan corak kenaikannya sejak awal minggu sehingga dagangan Selasa semalam.

Ini dapat diperhatikan pada pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

US dolar masih bergerak lemah setelah memulakan pembukaan dagangan awal minggu yang suram dipengaruhi oleh sentimen pasaran semalam.

Pada sesi New York semalam juga, bacaan data bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) dengan angka yang agak suram turut mempengaruhi US dolar untuk terus bergerak lemah.

Hagra pada carta XAU/USD berjaya membuat kenaikan selepas mendatar pada zon sokongan 1850.00 dan menuju ke zon tumpuan jangkaan penganalisis pada 1870.00.

Namun harga emas dilihat belum berjaya menembusi zon rintangan tersebut dan pamerkan penurunan semula pada sesi Asia pagi ini bersambung ke awal dagangan sesi Eropah.

Pelabur menilai reaksi harga yang menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang akan memberi isyarat pergerakan harga emas selanjutnya.

Sekiranya paras tersebut berjaya menyokong kenaikan semula harga, zon rintangan 1870.00 akan terus diuji untuk ditembusi.

Meneruskan pergerakan trend bullish tersebut, harga yang melepasi 1870.00 seterusnya akan mensasarkan untuk menuju ke paras ketinggian 1900.00 pula.

Sebaliknya jika pelabur mula mencerna petunjuk perubahan arah harga buat emas semula, harga yang susut di bawah zon 1850.00 selanjutnya akan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1830.00 semula.

Untuk penurunan lebih rendah yang masih diteruskan, zon tumpuan dilihat berada pada 1810.00 dan zon support 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat