Analisis GOLD – Harga Emas Tak Jadi Menjunam, Diselamatkan Oleh Laporan Vaksin

1,151

Selepas pergerakan awal minggu melihatkan harga emas berlegar di bawah paras $1900, harga mula menunjukkan penurunan agak ketara pada sesi Eropah semalam.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar melihatkan harga menjunam sehingga melepasi paras sokongan 1875.00 dengan paras terendah harian dicatatkan sekitar 1864.00.

Namun harga emas mula melonjak semula pada sesi New York susulan laporan berkenaan vaksin kembali mempengaruhi reaksi pelabur.

Moderna menjadi syarikat farmasi AS kedua berkongsikan keputusan positif ujian vaksin dalam tempoh 1 minggu dengan tahap keberkesanan vaksin Moderna dilaporkan mencapai tahap 94%.

Harga kembali meningkat di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat bullish semula buat dagangan emas, namun harga masih tidak berjaya melepasi paras rintangan 1900.00.

Perkembangan lanjut vaksin akan terus dinantikan untuk menambahkan lagi keyakinan pelabur bahawa pemulihan ekonomi akan berlaku dalam masa yang terdekat jika vaksin benar-benar sudah tersedia.

Pelabur akan bersedia jika harga berjaya meningkat melepasi paras 1900.00 untuk menjangkakan paras lebih tinggi bakal dituju harga berkemungkinan menuju zon resistance pada 1910.00 atau lebih tinggi pada sekitar 1938.00.

Namun jika harga membuat penurunan semula, paras sokongan harga dilihat pada 1875.00 sebelum ini dan seterusnya zon support 1850.00 yang dicecah harga pada terjunan awal minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat