Analisis GOLD – Harga Emas Tergolek Ekoran USD Meranapkan Tangga Yang Didaki

1,042

Meninjau kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya gagal untuk bertahan lama di atas paras 1800.00 tersebut dan kembali jatuh dengan parah melebihi 200 pips penurunan harga.

Pergerakan harga turut dilihat telah bergerak di bawah paras rintangan Moving Average 50 (MA50) sehingga menyusut ke zon RBS (resistance become support) 1780.00 untuk memberi isyarat awal trend bearish.

Walau bagaimanapun, zon RBS tersebut nampaknya telah pun menyokong semula lonjakan harga pada penghujung sesi sebelum kembali dicecah pada sesi Eropah memasuki ke sesi New York hari ini (Rabu).

Data ekonomi penting bagi mengukur keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang mencatat kadar peningkatan secara tidak langsung terus mempengaruhi faktor pengukuhan kepada matawang USD.

Angkara faktor berkenaan, ia telah mengakibatkan aksi cemerlang yang dipamerkan oleh harga emas mula pudar dan seterusnya memberi ruang kepada USD untuk kukuh menuju ke penghujung Oktober.

Pelbagai faktor perlu diambil kira susulan kadar inflasi yang dilihat masih lagi meningkat serta kejatuhan hasil perbendaharaan AS 10 tahun serta kebarangkalian tinggi bakal berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking).

Sekiranya zon RBS 1780.00 itu tidak lagi berdaya untuk kembali menyokong lonjakan harga, zon RBS pada 1760.00 dijangka bakal menjadi zon tumpuan untuk pelabur menilai reaksi pergerakan seterusnya.

Corak penurunan berkenaan juga berkemungkinan akan memberi isyarat awal perubahan trend bearish kepada pelabur agar bersedia untuk jangkaan melihat harga emas akan mencatat kejatuhan lebih parah.

Sebaliknya andai kata pergerakan harga emas berjaya untuk merekodkan lonjakan agresif, zon rintangan 1800.00 dijangka akan diuji semula sebelum terbang tinggi menuju ke paras ketinggian sekitar 1813.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat